Saturday, 4 February 2012

"Dan jadikanlah dirimu sentiasa rapat dgn orang-orang yg menyeru Tuhan mereka di waktu pagi dan petang, yg mengharapkan keredhaanNya semata-mata; dan jgnlah engkau memalingkan pandanganmu drpd mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia………"
-18: 28

Thursday, 2 February 2012

Fitnah Bercinta


"Dengan AGAMA, setiap pasangan akan memeprcayai satu sama lain,
kepercayaan adlah terpaling utama dalam sebuah perhubungan.."

berkawan tidak salah,
selagi ada batasan,
agama menjadi keutamaan,
insyaallah akan selaamt..

couple itu hanya permainan..
merisik itulah caranya...

berkahwin itu amatlah mudah,
kerana adat,ia disusahkan..
jangan anak mengandung,
baru dipaksa-paksa...
ibu-bapa adalah wali,
bertentang mata,
ada jodoh..ada rezeki...meluahkan rasa,

duit bukan masalah,
doa, usaha, ikhtiar, tawakkal..
duit akan turun dari langit..

sebaik-baik wanita itu,
murah maharnya....
apabila mahal,
janganlah dikurangi..
carilah taman yang lain...
insyaallah ada berkatnya..


jalan halal itu wajib ditempuhi,
bersanding itu amalan hindu,
berakad nikah itulah amalam islam..
ukhwah terjalin di hari pernikahan..
membuat majlis mengikut acara,
elakkan hutang, selamatkan keluarga..

anak-anak pewaris harta,
anak-anak juga pembawa tradisi,
memukul bukan mendera,
menasihati bukan menengking..

sedangkan lidah boleh tergigit,
inikan suami isteri baru berkahwin,
bergaduh itu adat perhubungan,

berdamai itu jalan selesai...

janganlah meluruskan kayu,
kayu dilurus akan patah..
pandai guna, mewahlah hasilnya...
tersilap langkah, patahlah kayu,
patah kayu, robohlah masjid..

berkahwin bukan nafsu semata,
kepimpinan mencabar kemacoan,
betul caranya, jannah habuannya..
tanpa petunjuk,jahanam tempatnya..





"Jika status diri adalah seorang Kekasih,
batasan perhubungan perlu diwujudkan,ia perlu bermula dengan diri sendiri..!!"

Friday, 13 January 2012

Melayu abad 2020

melayu itu,
Lebih melihat buruk orang,
kebaikkan dilupakan...
kelemahan dipublistikan,
pantang terkenal,
Musuh akan hadir sendiri,
Media, orang awam hinggalah tok bomoh..

jika baik seperti tok guru,
akan dikata...

jika berfikir seeprti tun,
akan dihina...

jika hebat kepimpinan sperti abuya,
akan dicemburui....

pantang menyerah menjadi pegangan,
segala macam jaaln dilakukan,
dunia menjadi tuhan,
nafsu sebagai pemimpin,
tanpa disedari,
melayu itu hilang padanya,

budi bahasa menjadi tunjak,
di timur ini, Melayu-lah JUARA..
majlis apapun, pantun menjadi acaranya..

tetapi malangnya...
kita jugalah yang paling malas~~

barat yang cemburu mengatakan..

"the lazy people in the world is MALAY"

tuhan mengurniakan kita bangsa lain,
cina dan india ditanah sendiri...
baahsanya dan budayanya diabaikan...


akhirnya....

MELAYU RUGI, melayu menjadi hamba ditanah sendiri... kita menjadi pembeli dan penyewa ke atas tanah sendiri...

melayu takut berubah,
mulut orang menjadi penghalang,
dilupakan ALLAH yang diatas...

kehebatan yang ada tertanam didalam minda...
takut-takut, bak kata Pak belalang... terlajak kereta boleh diundur,
terlajak tulisan... habislah diri~ ~

melayu itu sungguh rapat dengan ISLAM,
apabila cina islam, ia juga adalah melayu..
hatta, jika cina masuk islam, ditukarkan nama itu kepada melayu... pelaajr-pelajar keluar berdakwah ketika cuti, amalan yasin menjadi keutamaan, serban dan jubah menjadi lambang kealiman...

melayu kini, belaajr dari kesilapan..
mengubah pemimpin seperti jepun,
menajdi pemimpin yang terbuka seperti EROPAH,
mengubah diri menjadi baik,
ulama dan ustad menjadi rujukan..
bahasa lain mula dipelajari...

debat dan diskusi menjadi medan,
keganasan dihapuskan...

melayu tidak malas,
buku menjadi teman dimana-mana,
majlis ilmu menjadi sekolah..
masjid diramaikan dengan keluarga..

dengan kuasa tuhan,
melayu itu boleh menjadi bangsa yang terbilang jika melayu itu berpegang pada ISLAM seleuruhnya...

percayalah pada rukun islam,
percayalah pada rukun iman,
percyaalah HUDUD itu hukum ALLAH...



MELAYU ABAD 2020

Wednesday, 7 December 2011

Saya Sokong PAS,BA kerana...

Pemimpin itu, padanya kecerdasan,
sifat amanah, rasa kemanusiaan, keberanian, serta disiplin...


Semoga kalian masih ISLAM...

Tulisan ini bukanlah tulisan kebencian kepada UMNO,
memadamkan api permusuhan itu lebih mudah dari mencari minyaknya dikedai apek..

saya sokong PAS bukanlah kerana saya peminat Harakah..
tahukah anda??

Harakah tiada beza dengan Utusan...
saya juga khuatir,

jika BA menang,
adakah hari2x kita akan dicanangkan dengan berhelai2x cerita2x politik bodoh ini tetapi tarbiyah,maklumat dll hnyalah 2,3 helai sahaja??

adakah mereka tetap tidak berubah??

persoalan ini.. tidak perlu kita fikirkan..
biarlah Ketua-ketua didalam PAS yang memikirkannya,...
kerana kita adalah "Rakyat".....

baiklah...

Saya sokong PAS kerana.....

-Pas itu islam, UMNO itu melayu.. keadilan itu 1 malaysia, hehehe

saya sokong PAS kerana....

-Klcc rugi, Sepang rugi, KLIA rugi... projek UMNo yang berjaya hanyalah jambatan pulau pinang sahaja....(sumber dari kawan,seornag ahli perniagaan)

saya sokong PAS kerana...

-UMNO sudah perintah dari dahulu... saya mahu negara kita seperti JEPUN dan KOREA..

ps:-ada yang mengatakan kita lebih elok dari indonesia,thailand dll...
jawapan saya...

kalau kita bijak, kita bandingkan diri dengan orang bodoh...
itu adlaah perbuatan bodoh....

Saya sokong PAS kerana...

-bukan kerana ramai ustad didalam ini... hanya kerana syaa ingin melihat merka pula mentadbir,wlaau hakikatnya.. pengalaman syaa bekerja dengan orang PAS, sungguh menyakitkan hati, mungkin kerana mereka2x ini bukanlah golongan profesional..:D

Saya sokong PAS kerana...

-saya tidak mahu mendengar berita2x yang menyakitkan hati dan membodohkan rakyat,
masakan membela lembu gaji beratus ribu??

Sayaa sokong PAS kerana...

-negeri yang jatuh ditangan BA, mereka berjaya langsaikan hutang2x negeri... tahukah anda?, PAHANG adalah negeri yg banyak hutang wlaau mereka ada CASINO dan BALAK?...huhu

Saya sokong PAS kerana...

-inginkan negara Malaysia mengikut ISLAM dan MAJU.....

sekian..

kesimpulannya:- saya tetap menyokong PAS,DAP bukanlah kerana apa, hanya kerana saya ingin melihat pentadbiran ditukar...sekiranya harga minyak naik,harga gula naik, cukai naik dan semuanya naik... yang turun hanya hutang negeri, kita boleh tukar kerajaan pada masa mendatang...

saya sokong PAS dan BA kerana ini, anda bagaimana??

Saturday, 3 December 2011

Hawa vs Adam

Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah,
lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna.
Lantaran adanya lelaki dan wanita
terkadang sempurnalah suatu kelemahan
di sebalik suatu kekuata...

Dengan nama ALLAH,
semoga sejahtera keatas kaum muslim dan muslimat...

Sedarkah kalian?

Apabila lelaki memotong rambut ala jamesbond...
wanita-wanita juga inginkan begitu...
bagi mereka...
kami mahukan HAK

apabila lelaki memakai baju Pokemon,
wanita-wanita juga inginkan begitu..
bagi mereka..
kami mahukan HAK

Lelaki pula...
Wanita pakai skirt ello kitty ker,
make-up artis ker... xperlu solat jumaat ker,
ape ker~~..itu semua untuk perempuan shaja...
Aku lelaki, kami berbeza...


huhu...

lelaki sentiasa berfikiran Positif..
yer, kerana mereka tahu nilai mereka..
mereka tahu keuddukan mereka..
tahniah kepada lelaki2x...~~Yahooo!!!..:P

perempuan??

owhh,kakak2x,ibu2x,datin2x,makcik2x
dan adik2x di luar mungkin terlupa...
terlupa tentang hadith nabi ataupun lagu2x raihan..

"Bukankah nama ibu(wanita) disebut tiga kali??
sleepas itu barulah ayah(lelaki)??"


bukankah ini sudah jelas kemuliaan wanita itu sungguh tinggi?
anda tidak perlu menjadi orang lain,
dan menjadi seseorang yg sedap dimata lelaki..
anda hanya perlu menjadi seseorang yg dikenali ALLAH dan penduduk langit..
itu sudah cukup dan mudah...

Ingat, lelaki tidak pernah mengeluh
kerana tidak ada susu badan...

ingat, lelaki tidak pernah mengeluh
kerana tidak dapat menjadi ibu...

ingat, lelaki tidak pernah mengeluh
kerana wajib solat jumaat...

ingat...
tidak ada jaringan lelaki liberal...
tidak ada jaringan nyah liberal.....

yang ada hnyalah jaringan wanita liberal...

tahukah kamju?
sekiranya saya menjadi wanita...
saya tetap gembira dan saya tahu,
saya ada nilai dan kedudukan yang ISTIMEWA...

Saya tidak menghukum,
saya tidak menasihati..
saya hanya menulis...

anda menentukan,

"the way of your life"